Nadi Safe & Shield - Taklimat Siber Buli
15 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 14 Februari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), dibawah program NADI SAFE & SHIELD, Taklimat Siber Buli | Cyber Bully.
Webinar ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang yang telah disertai seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 7 hingga 13 tahun.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan asas mengenai keselamatan siber yang direka khusus untuk memperkasakan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang ini. Ini termasuk tentang siber buli dalam media sosial, pengantunan kanak-kanak dan scammer yang boleh terjadi kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira status dan umur. Di hujung taklimat secara atas talian ini, para peserta juga menyertai sesi kuiz secara atas talian, di mana soalan berkaitan dengan taklimat ditanyakan.
Daripada taklimat ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang jejak dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: